Kesihatan merudum dan kematian Rafly_Rahamat

Pada Oktober 2017, iaitu tujuh bulan setelah beliau menamatkan kerjaya sebagai penyampai radio Manis FM, beliau telah ditimpa suatu penyakit yang tidak diketahui. Keadaannya bertambah buruk pada Februari 2018.[10] Pada April 2018, beliau telah dimasukkan ke dalam Hospital Tengku Ampuan Afzan yang terletak di Kuantan, Pahang[11] akibat penyakit tersebut. Beliau dikatakan telah disantau oleh orang yang iri hati dengannya atau terkena buatan orang. Penyakit tersebut telah membuatnya hilang selera makan. Dikatakan bahawa barangan tajam seperti kaca, paku dan pisau pencukur pernah keluar dari mulut beliau ketika menjalani rawatan tradisional.[7] Beliau kemudiannya telah dibawa keluar ke rumahnya di mana kesihatan beliau semakin teruk.[12]

Pada 19 Mei 2018 jam 7:10 malam, beliau meninggal dunia di kediaman keluarganya di Kuantan.[11][13] Hot FM telah mengucapkan takziah atas kematian beliau kepada keluarga beliau menerusi akaun Instagram rasmi stesen radio tersebut.[14][15] Jenazah beliau telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Bukit Kuantan, Kuantan, pada pagi 20 Mei 2018 sebelum solat Zuhur.[7] Antara yang terkesan dengan kematian beliau ialah penyanyi Bienda, yang menganggapnya sebagai adik sendiri.[16]

Mulai 23 Mei, ibu bapa beliau menerima pencen bulanan sepanjang hayat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kerana beliau telah bekerja dan membuat caruman. Sebanyak RM 2,000 diberikan kepada ibu bapa beliau sebagai faedah pengurusan jenazah beliau.[17][18]

Rujukan

WikiPedia: Rafly_Rahamat http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&d... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/ibu-bap... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/bekas-penyam... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt... http://www.utusan.com.my/berita/nasional/personali... http://www.utusan.com.my/berita/nasional/rafly-rah...